CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 17, 2008

Baju nak let go...


actually nih baju hantaran tuk hubby masa kawin tapi terbeli yg besar. time nak gi tukar, dah lebih dari due yg biasa kedai kasi sminggu utk tukar. tpaksa ler simpan jek..tak pakai..
ttiba terniat nak juai plak.. mmg tak penah pakai nih... sbb besor sgt dgn hubby...

nak let go dgn harga - RM100



:: tak sempat nak rotate::

Friday, March 14, 2008

Milestone - 7 Month





Milestone at 7 month

- Suka jerit2
- Suka isap jari
- suka jalan
- dah stat mengengsot. aritu dia dah masukkan botoi minyak
yu yi dalam mulot... bahyer tol
- suka tgk tv.. tp kena pasang kuat2
- suka main air time mandi.. tepok2 smpi abis basah baju kita
- kalu papa acah2 beria gelak..kalu mama dia... takder respon pon..
sob..sob
- rambot dah stat tumboh byk
- kalu travel siang... dia tanak tido...sibok nak pandang ke luar...
- suka tgk buku kaler2.... tp kalu boring trus masuk mulot..
- tak suka duduk dlm stroller dah... tak nampak sekeliling..
- minggu nih baru skali bangun malam nak susu.... lain seme tido
smpi pagi..bestnyer... amalkan slalu yer qisya tuh jeklah kot...nanti
tambah lagik kalu ada yg teringat...

adiah dari untie Marni..

Eksen nau budak nih


comel tak saya



suka gler baju nih...


to aj, tima kasih banyak2 yer.... qisya eksen benor pakai cekak mini tuh. ko ler sahabat aku yg jauh... tp dekat dihati.... hehe

New Collection



aku yg tgh rajin

..:: Udang sweet sour, sayor bayam, ayam goreng::...







Wednesday, February 20, 2008

Al-Fatihah...

Berita yg amat mengejotkan kami terima dengan redha. Pemergian ker hadrat illahi qisya's petta (suami kepada bb sitter) pada hari Ahad 17/02/2008 jam 7pm. Allahyarham meninggai di perkarangan Taiping Medical Centre sewaktu menghantar mak mertua yg sakit. Pada mulanya kami sangka mak mertua arwah yg mninggal. Pagi sebelum bertolak ke Taiping sempat arwah memanggil saya ke rumah (rumah kami berhadapan ) utk menceritakan rancangannya ke Taiping. Sempat juga dia bawak qisya jalan2 dia sekitar rumah. Arwah tidak mempunyai sebarang penyakit. Arwah seorg yg aktif dan rajin ke surau.

Menurut crita isteri beliau... semuanya berlaku sekelip mata. sewaktu smpi dia TMC arwah sempat masuk kedalam mminta wheelchair utk mbawa mak mertua pada kakitangan hospital. bila wheelchair smpi...terus dia duduk di tempat driver dan kepalanya terlentok atas stereng... bila isteri datang pelok..isteri sempat ajar mngucap dan arwah pegi dengan tenang...sangat senang..


Kami sekeluarga bergegas ke Taiping dan smpi di sana dlm pukol 2 pagi. selepas bersembang dan tidokan qalisya...sempat saya bacakan yassin utk arwah. arwah seorang yg gelap ( keturunan mamak) tapi jenazahnya putih berseri dan mukanya seakan2 tido.


Sepanjang minggu sebelum mninggal, arwah tidak mnunjukkan sebarang tanda. Bgurau setiap hari sewaktu mngambil qisya. Dia begitu bersunggoh mgajak org ramai myertai tabong khairat kematian yg dia baru tubohkan. katanya senang kalu mninggal. Arwah adalah org pertama yg menerimanya wang khairat kematian tersebot. Arwah dikenali ramai kerana sikapnya yg ramah dan suka menolong orang. Dia sempat mminta kebenaran saya utk mbaca ayat pendinding utk qalisya. Ayat pendinding al-quran supaya terhindar dari gangguan makhlus halus. saya setuju tp kata arwah dia perlu juga mintak kebenaran suami saya. tp sepanjang minggu lepas suami terlalu sibok dan asyik balik lmbt. Dan hajatnyer tidak kesampaian.

Pemergiannya terlalu dirasai. Setiap hari minggu... pasti dia akan ketok pintu rumah utk meminjam qisya. Sehari tak jumpa... terasa sangat rindu katanya... arwah sempat menghadiahkan 1 set counting book with cd. Malah menurut isterinya arwah sempat lagik bercerita tentang qisya dalam perjalanan ke Taiping. Katanya qisya dah macam anak sendirik. sedihnya ler dengor... (sewaktu menulis nih air mata bcucuran keluar).

:: Hadiah dari arwah::


Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Dan kepada semua readers, im appreciated if you can donate Surah Al Fatihah ke atas roh Basheer Ahmad. Semoga rohnyer di cucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wednesday, February 13, 2008

when mama boring.....